Sunday, April 10, 2011

disriminasi ke atas tudung

Tajuk kali ney gempak skit dan menjadi dilemma kepada diri saya selama hidup di bumi nilai….mungkin bukan semua yang merasainya atau merasakannya…tapi saya rasalah…heeh..
Ceritanya bermula pada seminggu selepas minggu taaruf di  pj. Memang terbukti yang masuk u ney memang dari sekolah jenis agama dan seangkatan dengannya….masalahnya perlukah ada perbezaan antara orang yang pakai yang labuh-labuh dengan orng yang pakai tudung bawal,arini,selendang dan segala yang sewaktu dengannya..asalkan menutup aurat cukuplah…
Hal ini sangat menjadi masalah yag agak besar bagi saya dan kawan-kawan yang senasib…dan saya sangat STRESS dengan semua ini..
Dan kenapa mak guard perlu member kepercayaan yang lebih kepada mereka yang memakai tudung yang besar-besar ini…tudung yang labuh bukan tanda dia betul segalanya..mereka juga manusia sperti kami….(memang x puas hati ngan mak guard)
Contohnya..
1.      A(pemakai tudung biasa)
B(pemakai tudung labuh)
A  pulang pada pagi isnin ke hostel,dan dia telah dimarah dan disaman oleh mak guard..minggu berikutnya B pulang pada hari isnin dan dilepaskan begitu saja oleh mak guard…dengan
alasan ,BUDAK PAKAI TUDUNG LABUH NEY BOLEH DIPERCAYAI…
2.      A perlu segera ke atm untuk mengeluarkan duit…di betul-betul kehabisan duit dan jam ketika itu menunjukkan jam 9.45pm masih ada 15 minit. Dan mmg sangat sempat untuk ke  atm…mak guard tidak membenarkan A keluar dengan alasan masa telah tamat dan “esok-esok pun boleh,bukan mak cik x tahu awak nak keluar dengan dak lelaki). Dan 5 minit sebelum pukul 10 B keluar dengan selambanya mak guard x uat ape2 pulak 2…lepas 2 dah la masuk lambat dengan alasan ramai orang kt atm….
Kesimpulannya mak guard kt sini mmg suka dengan orang yang pakai tudung labuh-labuh jer…time orang cam saya ney kua gate pandang macam nak telan,sume x kena…bila mereka-merek keluar senyum tak henti..
X semua orang yang pakai tudung labuh itu baik dan x semua orang yang pakai tudung biasa-biasa tu jahat. Jadi buatlah keputusan yang tepat,jangan jatuhkan kesalahan ketas kami jer..


No comments:

Post a Comment